Pergi ke kandungan

Ngô Đình Diệm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ngô Đình Diệm
Presiden Republik Vietnam Pertama
Dalam jawatan
26 Oktober 1955 – 1 November 1963
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Bảo Đại sebagai Ketua Negara Vietnam
Digantikan olehDương Văn Minh (sebagai Pengerusi Majlis Revolusioner Tentera)
Perdana Menteri Negara Vietnam ke-6
Dalam jawatan
26 Jun 1954 – 26 Oktober 1955
Didahului olehPutera Bửu Lộc
Digantikan olehNguyễn Ngọc Thơ (sebagai Perdana Menteri, tahun 1963)
Maklumat peribadi
Lahir(1901-01-03)3 Januari 1901
Quảng Bình, Indochina Perancis (kini Vietnam)
Mati2 November 1963(1963-11-02) (umur 62)
Saigon, Vietnam Selatan
Parti politikCần Lao
Pasangantiada
PertalianNgô Đình Khả (bapa)
Ngô Đình Khôi (brother)
Ngô Đình Thục (abang)
Ngô Đình Nhu (adik)
Ngô Đình Cẩn (adik)
Ngô Đình Luyện (adik)
PendidikanSekolah Pentadbiran Awam dan Undang-Undang

Ngô Đình Diệm (Mengenai audio inidengar; 3 Januari 1901 – 2 November 1963) ialah presiden pertama Vietnam Selatan (1955–1963).[1] Berikutan pengunduran Perancis dari Indochina susulan Perjanjian Geneva pada tahun 1954, Diem mengetuai usaha untuk menubuhkan Republik Vietnam. Beliau mendapat sokongan AS oleh sebab pendirian antikomunisnya dan mencapai kemenangan dalam plebisit pada tahun 1955.

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Diệm lahir pada 1901 di provinsi Quảng Bình, tengah Vietnam dalam sebuah keluarganya beragama Katolik berasal dari Phú Cam, yang pernah didirikan sebagai sebuah kariah Katolik di kota Huế. Puakna merupakan salah satu dari puak-puak Viet terawal yang memeluk agama Katolik di Vietnam pada abad ke-17.[2] Diệm diberi nama santo pada saat lahir, Gioan Baotixita (sebuah bentuk yang di-Vietnamisasi-kan dari Jean Baptiste), mengikuti kebiasaan Gereja Katolik.[3]

Keluarga Ngô-Đình, bersama dengan umat Katolik Vietnam lainnya pernah mengalami penganiayaan anti-Katolik dari Kaisar Minh Mạng dan Tự Đức; pada 1880, ketika ayah Diệm, Ngô Đình Khả (1850-1925) belajar di Tanah Melayu, sebuah rusuhan anti-Katolik dipimpin oleh para biksu Buddha hampir segera menyerang dan membunuh seluruh keluarga Ngô-Đình dengan lebih seratus ahli puak Ngô termasuk orang tua serta saudara-mara Khả dibakar hidup-hidup dalam sebuah gereja.[4]

Kerjaya pemegawaian awal

[sunting | sunting sumber]

Pada 1945 ia dipenjarakan dan diasingkan ke Tiongkok setelah terjadinya konflik dengan kekuatan Komunis anti-Prancis yang semakin berkuasa di Vietnam. Setelah dilepaskan, ia menolak untuk bergabung dalam pemerintahan pasca-perang yang berumur pendek, di bawah pimpinan Hồ Chí Minh dan mengasingkan dirinya ke Amerika Serikat. Ia kembali ketika diangkat menjadi Perdana Menteri Vietnam Selatan oleh Kepala Negara (bekas kaisar) Bảo Đại pada 1954, setelah Prancis dikalahkan di Dien Bien Phu dan siap untuk menarik diri dari Indochina. Banyak orang Amerika dan Eropa yang menaruh sedikit harapan untuk masa depan Vietnam Selatan di bawah kepemimpinan Diem. Seorang pejabat Amerika Serikat menggambarkan bahwa pemerintahan Diệm dipersatukan dengan "pita Scotch, sedikit tali dan dempul."[5] Pada saat yang sama, pemerintah AS berusaha membangkitkan kesadaran masyarakat di Amerika Serikat tentang 'penderitaan' Vietnam Selatan' dan pemimpinnya 'yang mengalami tekanan' - Diệm.

Sebagai Perdana Menteri Empayar Vietnam

[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 1954, Maharaja Bảo Đại menawarkan jawatan Perdana Menteri yang baru ditubuhkan kepada Diệm. Diệm bertemu baginda di Perancis pada 16 June 1954 di mana mereka membuat suatu persetujuan bahawa Diệm akan mendapatkan kuasa memerintah tentera dan awam daripada baginda. Diệm kembali dari pembuangannya pada 25 Jun 1954. Beliau mendirikan sebuah kerajaan baru pada 7 Julai 1954, dengan sebuah kabinet dianggotai 18 orang.[6]

Pungutan suara republik 1955

[sunting | sunting sumber]

Sebuah pungutan suara diadakan pada 23 Oktober 1955 di mana penduduk Vietnam selatan memilih sama ada diperintah Diệm atau mengekalkan Bảo Đại sebagai raja yang memerintah.[7] Parti Cần Lao pimpinan adik Diệm, Ngô Đình Nhu menggalang sokongan untuk Diệm dengan mengadakan kempen memburukkan nama Bảo Đại, malah para penyokong raja tersebut dihalang berkempen oleh anggota parti itu.[8] Keputusan rasmi pungutan suara ini menyatakan sebanyak 98.2 peratus menyokong Ngô Đình Diệm. Walau bagaimanapun, perangkaan tersebut dilihat sebagai suatu penipuan terutama lagi dengan jumlah undian dikutip yang melebihi bilangan pengundi yang berdaftar.[8][9] Diệm mengisytiharkan pembentukan Republik Vietnam diektuai beliau sebagai Presiden pertama pada 26 Oktober 1955. Namun, status negarai tersebut tidak dirasmikan sehingga tergubalnya suatu perlembagaan baru genap setahun kemudian.[10]

Sebagai Presiden Republik Vietnam

[sunting | sunting sumber]

Penindasan terhadap penganut Buddha

[sunting | sunting sumber]

Diệm yang sendirinya beragama Katolik banyak mengamalkan dasar yang memindas majoriti warga Vietnam yang beragama Buddha, lebih-lebih lagi ketika republik tersebut berperang menentang Việt Cộng. Bantuan bekalan senjata untuk militia pedalaman diutamankan untuk kampung-kampung majoriti Katolik, sehingga ada kampung yang terpaksa memeluk agama tersebut secara besar-besaran kerana terdesak meminta bantuan.[11] Para penganut Kristian dikecualikan secara de facto menjalani kerja buruh wajib pemerintah (corvée),[12] malah pihak Gereja Katolik merupakan pemilik tanah besar di negara tersebut.[13] Catholics were also exempt from the

Persengketaan ini memuncak pada 11 Jun 1963 apabila seorang sami bernama Thích Quảng Đức membakar diri di sebuah jalan sibuk di Saigon sebagai tanda menunjuk perasaan terhadap kekejaman pemerintah Diệm. Kejadian mengerikan tersebut bukan sahaja ditangkap gambar lalu tersebar di sleuruh dunia,[14] malah turut ditiru beberapa sami yang sefahaman. Perkara tersebut memburukkan imej presiden itu dengan rakyat jelata serta hubungan Amerika Syarikat dengan negara itu.

Polisi asing

[sunting | sunting sumber]

Penggulingan kuasa dan pembunuhan

[sunting | sunting sumber]

Para nasionalis bukan komunis Vietnam serta pihak Tentera Darat Republik Vietnam mula merancang suatu penggulingan kuasa. Racangan ini dikepalai jeneral-jeneral tentera[15] terutamanya Jeneral Dương Văn Minh, di mana mereka mendapat sokongan dari banyak kor pegawai tentera tersebut.

Pada 1 November 1963, pasukan pimpinan Minh menawan pemerintah Republik dengan cepat. Minh mengutuskan suatu pesanan kepada Diệm bahawa keselamatan Diệm akan dijamin sekiranya beliau menyerah diri. Walau bagaimanapun, Diệm, adiknya Nhu dan para pengikutnya telahpun melepaskan diir melalui suatu terowong rahsia ke Gereja Katolik Cha Tam di Cholon. Adik-beradik tersebut ditangkap pada keesokan paginya oleh pasukan Minh, mereka dibunuh oleh Kapten Nguyễn Văn Nhung atas arahan Jeneral Minh ketika mereka dibawa ke markas Ketua Turus Tentera Republik.[16]

Setelah dibunuhnya Ngô, AS masih tetap dapat memengaruhi pemerintahan Vietnam Selatan, membantu pemilihan para pejabat yang mendukung polisi-polisi. Di antara banyak orang yang tahu tentang situasi politik di sekitar kematiannya (1963), pembunuhan Ngô Đình Diệm dianggap sebagai titik penentu utama menyebabkan kekalahan dalam Perang Vietnam 12 tahun kemudian, namun ada juga yang berpendapat bahawa kelolaan Ngô melengah-lengahkan kemaraan pihak Utara menyerang Selatan atas keputusan untuk menyerah diri kepada Hồ Chí Minh. Pengaruh kuat Amerika setelah insiden Diệm juga mencetuskan pergolakan dalaman antara para pemimpin Vietnam Selatan sambil pihak tentera Selatan terpaksa memilih antara kepentingan-kepentingan komunis dan kepentingan-kepentingan Amerika. Pembunuhan ini juga memperkuatkan upaya Vietnam Utara untuk memburukkan negara musuhnya sebagai pendukung kolonisasi.[17]

  1. ^ Spencer Tucker Encyclopedia of the Vietnam War: a political, social, and military history - Volume 1 - Page xxi - 1998 "For Vietnamese personal names we have chosen to use the Vietnamese system of family name first, followed by middle name, then given name. Subsequent references are to the given name only. Thus, in the case of Ngô Đình Diệm, Ngô is the family name, Đình the middle name, and Diệm the given name. After the first reference I refer to him only as Diệm. This follows the common Vietnamese practice of using the first name.. "
  2. ^ Fall, Bernard B. (1963). The Two Viet-Nams. Praeger Publishers., p.235.
  3. ^ Miller, p.19.
  4. ^ Jacobs, Seth (2006). Cold War Mandarin: Ngo Dinh Diem and the Origins of America's War in Vietnam, 1950–1963. Lanham, Maryland: Rowman & Littlefield, p.18.
  5. ^ 'The Beleaguered Man' Time 4 April 1955
  6. ^ Moyar, p. 33.
  7. ^ Moyar, p. 54.
  8. ^ a b Karnow, pp. 223–24
  9. ^ Jacobs, p. 95.
  10. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 Jun 2017. Dicapai pada 21 November 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^ Buttinger, p. 993
  12. ^ Jacobs p. 91
  13. ^ Karnow, p. 294
  14. ^ Moyar, p. 220.
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Miller, p.312
  16. ^ B. Diem, In the Jaws of History, p. 105.
  17. ^ Moyar, pp. 287–90
  • Diem, Bui (1987). In the Jaws of History. Houghton Mifflin.
  • Buttinger, Joseph (1967). Vietnam: A Dragon Embattled. Praeger Publishers.
  • Jacobs, Seth (2006). Cold War Mandarin: Ngo Dinh Diem and the Origins of America's War in Vietnam, 1950–1963. Lanham, Maryland: Rowman & Littlefield. ISBN 0-7425-4447-8.
  • Karnow, Stanley (1997). Vietnam: A History. New York: Penguin Books. ISBN 0-670-84218-4.
  • Moyar, Mark (2006). Triumph Forsaken: The Vietnam War, 1954–1965. New York: Cambridge University Press. ISBN 0-521-86911-0.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.